Produk UiTM sampah? Anak muda ini buktikan anda salah

Produk UiTM sampah? Anak muda ini buktikan anda salah

Siswazah lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) siginifikan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak yang mendawa lepasan UiTM hanyalah produk kurang 'kualiti' berbanding universiti awam lain.

Jika anda masih dengan stigma itu, ternyata pemikiran anda salah selepas menilai sendiri kejayaan dua anak muda lepasan UiTM Dungun yang berjaya mengorak langkah dalam bidang keusahawanan pada usia muda.

Arham Ruslan dan Zaim, pemegang Diploma Seni Kulinari bakal mengubah tanggapan anda tentang produk sampah UiTM seperti yang dicanang individu tertentu.

Siapa sangka, bermodalkan ilmu dan kemahiran berkomunikasi menuntut kedua-duanya membangunkan legasi THEKENDURI yang kini menular di setiap bibir bakal Raja Sehari.

Dalam usia yang baru mejengah 25 tahun, masing-masing memainkan peranan untuk menjadi penggerak utama bagi menyediakan perkhimatan perundingan perkahwinan terbaik kepada bakal mempelai.

Pembelajaran di UiTM itu sendiri telah menghasilkan iltizam tinggi kepada kedua-duanya untuk terus melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

Kejayaan THEKENDURI kini boleh dianggap sebagai sebuah revolusi baru dalam dunia perkhidmatan perundingan perkahwinan yang cukup sempurna di bawah satu bumbung.

THEKENDURI konsisten mampu menyediakan produk terbaik bagi menjadikan impian Raja Sehari mampu direalisasikan.