Modal 'air liur', anak muda ini realisasi impian pendapatan 5 angka sebulan!




Modal 'air liur', anak muda ini realisasi impian pendapatan 5 angka sebulan!



Tentunya anda tidak pernah membayangkan, bagaimana kurangnya modal kewangan sebenarnya tidak menghalang anda untuk melakukan apa-apa sahaja perkara yang ingin anda lakukan.

Bekalannya cuma keyakinan diri dan kebolehan untuk mempengaruhi individu lain mempercayai anda dalam setiap perkara.

Bunyinya seperti asing dan negatif bukan? Tetapi itulah yang dilakukan dua anak muda ini, Arham Ruslan dan Zaim.

Baru berumur 25 tahun, namun kedua-duanya bijak mencari peluang memulakan perniagaan, perundingan perkahwinan THEKENDURI tanpa modal.

Inisiatif untuk mempromosikan THEKENDURI hanyalah menggunakan pengaruh media sosial, dan air liur.

Ya, air liur. Bagaimana caranya? Permulaannya, apabila ada 'umpan pertama  mengena di Facebook' kepercayaan itulah digunakan sehabis baik bagi membuktikan janji-janji manis mereka itu dikotakan.

Pendahuluan deposit pelanggan pertama digunakan secara bijak bagi penyediaan sebuah perkahwinan dalam legasi permulaan THEKENDURI.

Hasilnya, kepuasan pelanggan adalah kepuasan mereka untuk terus agresif melonjak kemahuan diri.

Kini masing-masing tentunya sudah boleh menarik lafas lega.

Permulaan yang terlalu sukar kini melonjak kepada sebuah kehidupan yang lebih baik dan wajar dicontohi golongan belia lain.

Keberhasilan ini tidak mungkin mampu direalisasi sekiranya tanpa komitmen dan usaha gigih untuk memperbaiki nilai tambah dalam kehidupan kini.

Justeru, stigma golongan muda tidak mampu berdiri sama tinggi untuk menjana lebihan pendapatan lumayan perlu diubah.

Gunakan manfaat yang tersaji di depan dan bijaklah mencipta kemahiran diri.